Saturday, February 8, 2014

Transliteration Of Arabic Text To Latin Or Rumi Script

TRANSLITERASI TEKS ARAB KE TULISAN LATIN ATAU RUMI
Penulisan lafaz atau perkataan dan ayat-ayat Bahasa Arab ke dalam tulisan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris lebih tepat apabila digunakan sistem transliteration atau transliterasi. Transliterasi bermaksud penukaran teks dari satu skrip kepada yang lain atau penukaran huruf atau perkataan dan sebagainya daripada abjad sesuatu tulisan (cth: tulisan Arab) kepada huruf yang selaras bunyinya dan sebagainya dalam abjad sistem tulisan lain (cth: Rumi atau Latin) (Kamus Dewan 2007). Contoh, menggantikan huruf Arab untuk perkataan “وان عبد الحكيم” ditransliterasikan sebagai “Wān ‘Abd al-Hakīm” atau “إيمان صفية” dengan ditransliterasikan sebagai “Īmān Ṣafiyyah”.

Terdapat banyak sistem transliterasi yang wujud dan digunapakai (Wikipedia 2014). Namun bagi saya, sistem seperti transliterasi ALA-LC (diterbitkan 1991) oleh the American Library Association and the Library of Congress adalah yang dominan.

Di Malaysia, kebanyakkan universiti (universiti saya: UIAM & UKM) menggunakan sistem transliterasi seumpama kaedah dan sistem transliterasi ALA-LC.

MENULIS TRANSLITERASI DALAM MICROSOFT WORD
Terdapat pelbagai software dibangunkan untuk membantu para penulis menulis dengan menggunakan sistem transliterasi (Arab-Latin atau Arab-Rumi) dalam MS Word. Seperti Arabic Transliteration (download) yang dibangunkan oleh Dr. Fuad Sawari dari IIUM. Namun, kekurangan software yang wujud ialah anda perlu install software tersebut pada setiap komputer untuk anda membaca tulisan-tulisan tersebut. Kekangannya, sebagai contoh, ada perlu mengirim fail softcopy MS Word tesis bersama-sama installer software Arabic Transliteration kepada penyelia atau supervisor anda untuk mereka membacanya.

FAIL Diacritic.dot PILIHANKU
Saya memilih fail Diacritic.dot (Mustafa Umar 2014) untuk memudahkan penggunaan sistem transliterasi (Arab-Latin atau Arab-Rumi). Ini kerana skrip atau teks yang anda telah transliterasikan boleh dibaca pada komputer yang tidak memasukkan fail ini dalam sistem komputer mereka dan boleh dibuka atau dibaca di mana sahaja.

Untuk menggunakan sistem transliterasi dalam MS Word anda sila muat turun fail ini Diacritic.dot (download).

Dengan double klik pada fail tersebut, MS Word akan terbuka dan anda boleh mula menaip huruf-huruf berkaitan. Kaedahnya ialah, pegang alt dan tekan "a" dan anda akan melihat "ā" dengan garis panjang di atasnya muncul. Atau alt+shift dan tekan "a" dan anda akan melihat "Ā" yang besar. Huruf "ā" ini mewakili vokal panjang atau "Alif Mad". Manakala "ū" mewakili vokal panjang atau "Wau Mad" dan "ī" mewakili vokal panjang atau "Ya Mad".

Namun, anda akan menghadapi kesukaran untuk double klik pada fail Diacritic.dot setiap kali mahu menggunakan sistem transliterasi ini. Tambahan pula anda sering menggunakannya dalam setiap kali penulisan seperti menulis artikel atau tesis M.A. dan Ph.D. Tetapi jangan khuatir, masalah tersebut ada penyelesaiannya.

KEKALKAN PEMASANGAN FAIL Diacritic.dot DI KOMPUTER
Di sini ialah kaedah supaya komputer anda akan terus membuka fail Diacritic.dot setiap kali anda membuka MS Word tanpa anda perlu berkali-kali double klik pada fail tersebut. Berikut adalah 7 langkah mudah:
1.             Pergi folder atau drive "C:"
2.             Klik "Program Files"
3.             Klik "Microsoft Office"
4.             Klik "OfficeXX" [tanda XX mewakili versi MS Word]
5.             Klik "Startup"
6.             Copy & paste fail "Diacritic.dot" ke dalam folder ini
7.             Tutup & selesai.

Sekarang setiap kali anda membuka MS Word maka secara automatik fail Diacritic.dot terbuka dan anda boleh terus menggunakannya tanpa double klik.

JADUAL SHORTCUT TRANSLITERASI Diacritic.dot
Berikut adalah jadual dan panduan transliterasi Arab-Latin atau Arab-Rumi dengan menggunakan fail Diacritic.dot:

Alt + a = ā
Alt + Shift + a = Ā
Vokal panjang dengan alif
Alt + i = ī
Alt + Shift + i = Ī
Vokal panjang dengan yā
Alt + u = ū
Alt + Shift + u = Ū
Vokal panjang dengan wāw
Alt + d = ḍ
Alt + Shift + d = Ḍ
ض
Alt + h = ḥ
Alt + Shift + h = Ḥ
ح
Alt + s = ṣ
Alt + Shift + s = Ṣ
ص
Alt + t = ṭ
Alt + Shift + t = Ṭ
ط
Alt + z = ẓ
Alt + Shift + z = Ẓ
ظ
Alt + ` = ʿ
ع

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber: Mustafa Umar